Berita

Taklimat dan Simulasi Tugas Serta Tanggungjawab Petugas di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Banjir 2018/2019

peNA eJs


Program dihadiri lebih 50 pegawai dan kakitangan petugas PKOB Kuantan dilihat dapat memberi penerangan dan pendedahan kepada petugas bagi menghadapi saat-saat berdepan dengan bencana seumpamanya. Program berjalan lancar dan turut dihadiri barisan petugas Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal, Perekod,Jurutaip Komputer, Pencatit dan lain-lain yang terlibat sama.

Turut sama dalam program simulasi banjir ini adalah terdiri daripada jabatan dan agendi di daerah Kuantan. Antara lain adalah Majlis Perbandaran Kuantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah, Jabatan Kerja Raya Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah , Pejabat Penerangan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah serta PAIP Daerah.

Taklimat dan simulasi banjir telah disampaikan oleh ASP Mohammad Kenny Anyie bin Abdullah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 31 kali.


Kembali ke Atas