Berita

Terima Bantuan One-Off - Bantu Perkasakan JKKK dan JKKB

peNA eJs


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB) menerima bayaran one-off berjumlah RM1,000. Program itu di bawah Bantuan Prihatin Pahang (BPP) merupakan tambahan RM750 daripada peruntukan asal RM250 bagi setiap JKKK dan JKKB. 

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan itu pernah diumumkan pada ucapan Belanjawan Negeri 2021 pada 16 November 2020 yang lalu dan melibatkan Pengerusi JKKK/JKKB dan Timbalan Pengerusi JKKR.

Sumbangan bayaran one-off ini telah melibatkan sejumlah peruntukan sebanyak RM675,000 secara keseluruhannya.

Dengan harapan agar dengan penerimaan sumbangan ini, semua pihak dapat memainkan peranan yang lebih aktif serta dapat meningkatkan lagi khidmat bakti dengan lebih berkesan demi kemajuan dan kemakmuran kampung dan rancangan tanah tempat mereka tinggal. 

 

 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 5 kali.


Kembali ke Atas