Berita

Pemangku Raja Pahang Saksi Sendiri Agihan Bantuan

peNA eJs

  

Merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah atas perkenan tuanku mencemar duli bersama-sama petugas Dapur Infaq Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dalam mengagihkan bantuan berbentuk juadah berbuka puasa kepada penduduk yang tidak berkemampuan dan terputus sumber pencarian rezeki dalam waktu PKP ini di sekitar Jalan Wong Ah Jang serta Pasar Besar Kuantan.

    

Skuad Bencana Negeri Pahang yang berganding bahu bersama pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilihat turut menyumbang tenaga dalam penyediaan bantuan juadah berbuka puasa ini. Telah sedia maklum, bantuan MUIP ini telah pun dilaksanakan sejak bermulanya PKP. 

 

Bukan berniat untuk mencari nama atau imbuhan, namun apa yang dilakukan petugas barisan hadapan ini adalah atas dasar kemanusiaan dan membantu mereka yang kini dihimpit kepayahan, apatah lagi ia membabitkan keperluan makanan.

 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 123 kali.


Kembali ke Atas