Berita

Tingkat Hasil Negeri - MB Puji

peNA eJs


Program yang disertai lebih 3000 kakitangan awam dari pelbagai jabatan turut sama dirai oleh Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Ishak Bin Haji Muhamad, Barisan Exco Kerajaan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak. Program selama 2 jam itu turut menyaksikan agihan sumbangan kepada wakil kelab kebajikan dan sukan jabatan masing-masing.

Kakitangan awam Pahang diingatkan agar perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan dalam memastikan pembangunan negeri dapat terus berjalan lancar mengikut acuan yang disediakan. YAB MB turut menegaskan bahawa kakitangan awam yang komited dengan tugas berupaya meletakan majikan mereka pada landasan sebenar sebagai peneraju di peringkat negeri dan secara tidak langsung boleh membawa banyak kemajuan kepada negeri.

Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan kakitangan awam di semua peringkat sama ada di negeri atau daerah telah berjaya meningkatkan hasil pendapatan negeri dan ianya wajar untuk dikongasi bersama.

YAB MB turut menzahirkan rasa gembira dan terima kasihnya kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) kerana menjadi penyumbang utama hasil kerajaan negeri dan turut memperkenalkan 'orang kuat' di sebalik kerja keras kakitangan awam jabatan ini. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 18 kali.


Kembali ke Atas