Berita

Traktor Untuk Nelayan Beserah

peNA eJs


YAB  Menteri Besar bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi turut sama ditemani ADUN Beserah, YB Andansura Rabu pada majlis ramah mesra bersama para nelayan pada petang itu.

Pada Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar ini beliau turut menyampaikan cek bantuan dari Kerajaan Negeri kepada Puan Noor Nadia Kamaludin, balu Kepada Allahyarham Abdul Fatah b. Hashim. Allahyarham adalah Pegawai Bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Puchong. YAB Menteri Besar dilihat turut berbual dan bertanya khabar dengan Puan Noor Nadia yang dilihat begitu tabah menghadapi dugaan hidup setelah kematian suaminya.

Dengan tagline # MajuTerusPahang, YAB Menteri Besar yang begitu prihatin, dilihat turut bertanya khabar dan beramah mesra dengan penduduk sekitar yang hadir pada majlis tersebut. 

Harapan YAB Menteri Besar agar segala sumbangan yang telah disampaikan ini akan memberi semangat dan motivasi kepada golongan nelayan untuk lebih maju pada masa hadapan. 

Dengan penuh rasa syukur dan riangnya, YAB Menteri Besar sangat teruja untuk mencuba mengendali sendiri traktor yang disumbangkan itu diringi Pengerusi MPKK Beserah, En Ahmad bin Roslan.  

   

   

 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 24 kali.


Kembali ke Atas