Berita

Lawat Mangsa Kebakaran Di Pekan Sungai Lembing Kuantan

peNA eJs


"Saya berharap semua mangsa yang terbabit dalam kejadian ini bersabar," titah KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda turut diiringi Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Lembing yang menempatkan 29 keluarga yang terlibat.

Dalam kejadian yang sangat mengejutkan dan menyayat hati warga Pahang amnya, kejadian kebakaran premis kayu merebak dengan api yang sangat cepat pada saat rakyat Malaysia riang dengan sambutan ambang kemerdekaan ke-62. Sebanyak 32 kediaman dan premis kedai dua tingkat musnah. Turut terlibat adalah sebuah perpustakaan awam.

Tinjauan ke barisan premis yang terbakar turut meruntun hati apabila dimaklumkan kejadian ini turut melibatkan kehilangan nyawa warga emas. Sementara itu, Dato' Sri Haji Wan Rosdy, memaklumkan kerajaan negeri sudah meluluskan bantuan segera berjumlah RM1,000 kepada 29 keluarga yang terbabit dalam kebakaran itu.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 8 kali.


Kembali ke Atas