Berita

Cabutan Kerja Undi Sebutharga Daerah Kuantan

peNA eJs


Program yang julung kalinya diadakan ini dihadiri tidak kurang 15 orang sahaja dan cabutan undi ini terus dapat disaksikan melalui facebook rasmi jabatan. Hadir bersama untuk turut menyaksikan cabutan undi di Bilik Gerakan PDT Kuantan adalah antara lain, Puan Norhamila Mohd Datar mewakili Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (Perkobf) Pahang serta En Anuar Yaacob, Kontraktor Kelas F Kuantan. 

Dengan jumlah 52 projek bagi daerah Kuantan, sebanyak 344 kontraktor yang berjaya mendaftar bagi merebut kerja-kerja yang ditawarkan. Senarai kontraktor yang berjaya beserta kontraktor simpanan bagi setiap projek boleh diperoleh dalam aplikasi telegram yang telah diwujudkan oleh Unit Pembangunan Luar Bandar, PDT Kuantan.  

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 53 kali.


Kembali ke Atas