Bukit Panorama

Bukit Panorama

Bukit Panorama terletak tidak jauh dari Bandar Sungai Lembing. Pendakian ke Bukit Panorama memerlukan para pendaki berada seawal subuh untuk mula mendaki agar dapat sendiri melihat keindahan terbitnya matahari. Selain menyaksikan pemandangan indah matahari terbit yang dapat disaksikan pada aras setinggi 271 meter, pendaki juga dapat melihat suasana nyaman kawasan Kampung Sungai Lembing yang diselubungi gumpalan kabus pagi. 

Peminat aktiviti lasak dialukan untuk merasai suasana mencabar mendaki Bukit Panorama dengan menaiki ratusan anak tangga bersimen sehingga ke puncak. Sesekali pendaki dapat berhenti untuk merakam suasana indah pendakian pada waktu subuh yang dingin yang menusuk kulit.   

Tarikh Kemaskini: 06/03/2019 15:52:33

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1216 kali.


Kembali ke Atas