Latar Belakang
Latar Belakang PETANDA
Kelab PETANDA diterajui oleh Pegawai Daerah Kuantan lahir sejak penubuhannya apabila bermulanya Pentadbiran Tanah Kuantan. Pemilihan ahli jawatankuasa diadakan setiap dua (2) tahun sekali. Kelab PETANDA dibawah naungan Pegawai Daerah sebagai Penasihat dilihat begitu aktif dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya.
Telah sedia maklum penubuhan kelab seharusnya membawa matlamat yang terbaik dan dekat di hati ahli-ahlinya. Antara matlamat penubuhan kelab adalah :-
- menjadi badan berdaftar yang mewakili kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan
- menjaga kebajikan kakitangan yang secara langsung adalah ahli kelab
- menggerakkan pelbagai aktiviti untuk semua ahli
- mengeratkan ukhwah
- menjaga silaturrahim
- menjadi perantara dalam penyampaian maklumat bagi aktiviti anjuran kelab
Tarikh Kemaskini: 03/12/2022 14:57:03
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 468 kali.
Kembali ke Atas