Berita

Ihya Ramadhan 2023
22 Mar 2023
KUANTAN, 22 Mac 2023 - Sesi penyerahan sumbangan kurma disampaikan oleh Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza kepada warga kerja PDT Kuantan sempena sambutan Ramadhan. Setiausaha Kelab PETANDA, Puan Nor Diana juga turut serta bersama membuat agihan kurma dan sekotak air ke unit-unit.

Penyerahan Kunci Rumah Rakyat DUN Beserah
17 Mar 2023
BESERAH, 16 Mac 2023 - Meneruskan program pagi ini, serahan kunci RRP diteruskan pula kepada penerima di Kg Sungai Ular dan Kg Darat Beserah. Turut bersama adalah Penghulu Mukim masing-masing serta tidak dilupakan wakil SUB Unit Perumahan, SUK serta Jabatan Pertanian Negeri Pahang yang menyumbang pokok tanaman.

Penyerahan Kunci Rumah Rakyat DUN Semambu
17 Mar 2023
KUANTAN, 16 Mac 2023 - Meraikan program penyerahan kunci rumah bagi DUN Semambu di Kg Bukit Bayroute dan Kg Pak Ngah Aziz. Kunci rumah telah diserahkan oleh wakil rasmi Pegawai Daerah Kuantan, En Azlan b Che Adnan.

Rumah Rakyat Pahang Kg Semangat
17 Mar 2023
KUANTAN, 16 Mac 2023 - Berlangsungnya program penyerahan kunci rumah bagi penerima bantuan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Parlimen Kuantan pada hari ini telah membuatkan penerima, En Jamaluddin b Sagir merasa begitu teruja dan gembira. Turut merasa sangat bersyukur dengan penerimaan apatah lagi sebelum sambutan Ramadhan yang bakal menjelang.

Malam Apresiasi Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan Tahun 2023
17 Feb 2023
GRAND DARUL MAKMUR, 16 Februari 2023 - Majlis yang julung-julung kalinya memberikan kelainan bagi malam kemuncak pengiktirafan pencapaian kakitangan PDT Kuantan sepanjang tahun 2022. Usaha ini dilihat dapat meningkatkan minat serta meningkatkan lagi kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan kepada semua. Tidak dilupa pengiktirafan turut diberikan kepada kakitangan PDT Kuantan melalui penglibatan di dalam program-program pembangunan sahsiah dan seterusnya menghargai sumbangan dan ketokohan sebagai penjawat awam yang berwibawa.

Lawatan Penandaarasan ABMS
28 Jan 2023
CAMERON HIGHLANDS, 26 Januari 2023 - PDT KUANTAN mengambil langkah pertama bagi berkongsi ilmu dan bertukar idea dalam merintis pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS). Pembentangan ABMS yang disampaikan Tuan Setiausaha MDCH, En Mazlan Mohamed Isa, sarat dengan aturan pelaksanaan ABMS dan bolah dijadikan panduan yang sangat bernilai.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 2315 kali.
Kembali ke Atas