Arkib Berita

Agihan Bubur Lambuk
21 Apr 2022
DATARAN SAYANG, 20 April 2022 - Kelab Petanda melalui Biro Sosial, Lawatan dan Rekreasi telah turut serta dalam program agihan bubur lambuk di perkarangan Dataran Sayang, Majlis Bandaraya Kuantan. Dengan 300 pek bubur lambuk, warga Kuantan turut sama memeriahkan program pada hari ini. Program sempena Ramadhan ini dilihat sebagai pemangkin kepada budaya bersedekah serta menyintai kerja-kerja sukarela.

Kutipan Luar Sebelum Ramadhan 1443H
04 Apr 2022
LEPAR HILIR 4, 30 Mac 2022 - Siri program terakhir sebelum Ramadhan kali ini. Bertandang ke Lepar Hilir 4 pula dengan kekuatan kakitangan Unit Hasil seramai 5 orang dan Unit IT PDT Kuantan.

Kutipan Hasil Ke Lepar Hilir 1
25 Mar 2022
LEPAR HILIR 1, 24 Mac 2022 - Meneruskan program bersiri Unit Hasil menumpukan kutipan hasil ke Lepar Hilir 1 pada kali ini. Penduduk setempat mengambil peluang ini untuk tunai tanggungjawab. Program ini dilihat mendapat kerjasama semua pihak yang terlibat. Bukti kutipan hingga melebihi RM35 ribu memberi petanda positif tentang kesedaran melunaskan bayaran cukai.

Anugerah Pekerja Cemerlang Jan - Feb 2022
18 Mar 2022
KAMAR PDT, 17 Mac 2022 - Buat julung kalinya, PDT Kuantan menghargai kakitangan yang cemerlang bagi tahun 2022 ini. TAHNIAH diucapkan kepada Ketua Pembantu Tadbir, Mustafa bin Hashim atas anugerah ini. Membuktikan PDT Kuantan sentiasa menghargai kakitangannya dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan.

Kursus Outreach Kerja Berpasukan Bil 1 Tahun 2022
10 Mar 2022
LAMAN PDT, 4 Mac 2022 - Bukan sahaja bertujuan untuk menyemai semangat kerja secara berpasukan, kursus ini juga secara tidak langsung menanam sikap sukakan keindahan dan suasana kerja yang nyaman. Melibatkan sepuluh (10) kakitangan PDT Kuantan, kursus bermula seawal 830 pagi turut membersihkan kolam ikan di perkarangan PDT Kuantan.

Kutipan Hasil Pertama Tahun 2022
11 Feb 2022
FELDA BUKIT GOH, 10 Januari 2022 - Kutipan hasil di Felda Bukit Goh menjadi program pertama bagi tahun 2022 ini. Dengan mengekalkan amalan SOP bagi menghindari penularan wabak, pembayar cukai hadir dalam suasana yang tenang dan patuh kepada peraturan yang ditetapkan.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1395 kali.
Kembali ke Atas