Arkib Berita

Lawatan Penandaarasan ABMS
28 Jan 2023
CAMERON HIGHLANDS, 26 Januari 2023 - PDT KUANTAN mengambil langkah pertama bagi berkongsi ilmu dan bertukar idea dalam merintis pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS). Pembentangan ABMS yang disampaikan Tuan Setiausaha MDCH, En Mazlan Mohamed Isa, sarat dengan aturan pelaksanaan ABMS dan bolah dijadikan panduan yang sangat bernilai.

Sumbangan Wang Ihsan Mangsa Banjir MTL 2022/2023
19 Jan 2023
SK PELINDUNG, 19 Januari 2023 - Mangsa banjir monsun timur laut (MTL) 2022/2023 disantuni petang ini oleh YAB Menteri Besar Pahang. Penyerahan bantuan wang ihsan ini diberikan kepada 206 mangsa yang terlibat. Kegembiraan jelas terbayang pada wajah penerima wang tunai berjumlah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah yang berdaftar.

Serah Kunci RRP
19 Jan 2023
KUANTAN, 19 Januari 2023 - Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Tahun 2021 kepada tiga (3) penerima berjaya dilaksanakan. Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza turut hadir untuk laksanakan sesi penyerahan.

Program Ramah Mesra Pertama Tahun 2023
17 Jan 2023
LamanBAKAWALI, 16 Januari 2023 - Program sulung barisan pentadbir utama Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan bersama Penolong Jurutera, Penghulu dan Pengerusi JPKK bagi tahun 2023 ini.

Perhimpunan Bulanan PDT Kuantan
06 Jan 2023
DEWAN BAKAWALI, 6 Januari 2023 - Memulakan program sulung PDT Kuantan dengan perhimpunan bulanan di Dewan Bakawali, KOMTUR. Program sarat dengan matlamat dan harapan untuk kekal cemerlang. Amanat disampaikan Pegawai Daerah, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza binti Ku Lah. Tidak ketinggalan turut dicakna bersama barisan pegawai dan lebih 120 kakitangan yang hadir.

Kutipan Cukai Pertama Tahun 2023
06 Jan 2023
FELDA BUKIT GOH, 5 Januari 2023 - Unit Hasil PDT Kuantan tidak menunggu lama untuk mulakan operasi kutipan luar ke lokasi terpilih. Hari ini, warga penduduk di Felda Bukit Goh tertumpu di kaunter hasil yang disediakan. Sasaran adalah tertumpu kepada pembayar cukai yang tiada kemudahan dan peluang untuk ke kaunter hasil di PDT Kuantan. Langkah wajar diteruskan memandangkan daerah Kuantan menjadi daerah yang berjaya mengutip hasil tertinggi di negeri Pahang pada tahun 2022.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1865 kali.
Kembali ke Atas