Arkib Berita

PDT Kuantan Cemerlang Malam Anugerah Pahang1st

PDT Kuantan Cemerlang Malam Anugerah Pahang1st

DEWAN MBK, 29 Disember 2022 - Menutup tirai tahun 2022 dengan penuh makna. Tiada ungkapan puitis dan bernada bangga. Syukur dengan segulung pencapaian yang tidak dapat disangkal lagi. Mendakap erat bukan sahaja satu, malah elemen Anugerah Pahang1st yang julung kali diperkenalkan ini, memberi kejutan yang begitu penuh bermakna.
Sejam Bersama PU Mizi

Sejam Bersama PU Mizi

MAYA EKSKLUSIF PDT KUANTAN, 09 Disember 2022 – Bertempat di ruang legar PDT Kuantan, petang ini kami berkumpul dalam majlis ilmu ini bersama penceramah Ustaz Nor Hamizi Jamaluddin atau lebih dikenali dengan PU Mizi. Dengan membawakan tajuk AOK DOWN KERR?, Biro Agama KELAB PETANDA membawa siaran secara langsung melalui Live KELAB PETANDA dari ruang legar PDT KUANTAN.
Anugerah Pekerja Cemerlang Nov - Dis 2022

Anugerah Pekerja Cemerlang Nov - Dis 2022

kamarEKSLUSIF PDT KUANTAN, 06 Disember 2022 – Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan PDT Kuantan merupakan salah satu pengiktirafan yang diberikan kepada kakitangan yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan setiap dua (2) bulan sekali. Tahap pengukuran kecemerlangan kakitangan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Acara dwibulanan ini menjadi suntikan semangat untuk kakitangan terus berkhidmat dengan lebih baik dan secara tidak langsung meningkatkan prestasi kerja serta disiplin yang tinggi untuk kemajuan diri sendiri.
Terima Kasih Ahli MBJ 2021-2022

Terima Kasih Ahli MBJ 2021-2022

KAMAR EKSKLUSIF PDT KUANTAN, 6 Disember 2022 – Ahli Majlis Bersama Jabatan PDT Kuantan mengakhiri sesi 2021-2022. Penganugerahan sijil penghargaan telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza binti Ku Lah sempena berlangsungnya mesyuarat terakhirnya hari ini.
Anugerah Pahang1st PDT Kuantan

Anugerah Pahang1st PDT Kuantan

KAMAR KORPORAT PDT KUANTAN, 2 Disember 2022 - Selamat Datang diucapkan kepada barisan panel pengauditan sempena penilaian bagi Anugerah Pahang 1st yang julung kalinya diperkenalkan. Anugerah Pahang 1st (APF) Tahun 2022 yang diperkenalkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang sebagai usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam bagi semua Jabatan, Badan Berkanun dan Agensi di Negeri Pahang. Diterajui oleh Unit Korporat PSUK Pahang, sesi pengauditan kepada calon penerima anugerah mula dilaksana awal Disember 2022.
MB Pahang Ke -15

MB Pahang Ke -15

PEKAN, 29 November 2022 – Terjawab sudah teka teki rakyat Pahang bagi siapa yang bakal menerajui negeri Pahang tercinta ini. Majlis Pengurniaan Surat Cara Lantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang telah berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan semalam setelah mendapat perkenan baginda Pemangku Raja Pahang.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1865 kali.


Kembali ke Atas