Arkib Berita

Kejutan PRU Ke 15
20 Nov 2022
KUANTAN, 20 November 2022 - Elemen kejutan mewarnai keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas diumumkan tengah malam tadi. Menjadi perbualan hangat dan pengundi cukup teruja bila mana setakat jam setakat jam 12 tengah malam, belum ada parti politik yang mendapat majoriti mudah iaitu 112 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan. Turut menjadi perhatian apabila beberapa nama besar yang tewas di kubu kuat.
Taklimat Naik Taraf Sistem eBanjir
09 Nov 2022
ARENA PKOB, 08 November 2022 - Bersama barisan pemimpin setempat dari mukim-mukim di daerah Kuantan. Tidak hanya Penghulu, Pengerusi JPKK yang dijemput juga hadir bersama berkongsi pengalaman dan idea dalam sesi taklimat penggunaan sistem aplikasi eBanjir yang telah dinaiktaraf.
Carian Hakmilik @PahangGo
01 Nov 2022
KUANTAN, Tahun 2022 - Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang dengan kerjasama Pahang Go Sdn Bhd, berjaya membangunkan modul tempahan carian hakmilik tanah melalui aplikasi PahangGo. Modul ini secara amnya dapat memudahkan orang ramai untuk membuat carian rasmi atau persendirian bagi hakmilik tanah secara dalam talian.
Anugerah Pekerja Cemerlang Julai - Oktober 2022
31 Oct 2022
PDT KUANTAN, 31 Oktober 2022 – Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan PDT Kuantan merupakan salah satu pengiktirafan yang diberikan kepada kakitangan yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan setiap dua (2) bulan sekali. Tahap pengukuran kecemerlangan kakitangan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan.
Lawatan Kerja Ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kuantan
26 Oct 2022
LAMAN PKOB, 25 Oktober 2022 - YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak bersama pegawai-pegawai daerah negeri Pahang telah mengadakan lawatan kerja ke Bilik Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kuantan. Tinjauan jemputan ke bilik PKOB Daerah Kuantan membuktikan PKOB di lain-lain daerah juga perlu mula cakna tentang keperluan bagi mewujudkan bilik khas seumpamanya ini.

Lawatan Kerja Ke Pusat Penamaan Calon Parlimen Paya Besar
26 Oct 2022
LAMAN DATO' SRI MANAN, 26 Oktober 2022 - Sesi lawatan tapak ke pusat penamaan calon pilihan raya ke 15 Parlimen P084 Paya Besar pada petang ini turut sama melibatkan beberapa agensi. Tahap ketersediaan dewan serta faktor keselamatan dan keselesaan petugas turut menjadi isu utama.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1865 kali.
Kembali ke Atas