Arkib Berita

Gelombang PRU Bermula
21 Oct 2022
PDT KUANTAN, 20 Oktober 2022 -Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 05 November dan 15 November 2022.
Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001 : 2015
19 Oct 2022
KAMAR EKSKLUSIF PDT KUANTAN, 17-18 Oktober 2022 - Bersedia bagi menghadapi siri pengauditan semula MS ISO bukanlah suatu tugas yang mudah di samping kakitangan sedang bergelumang dengan persediaan bagi menghadapi pilihanraya serta melengkapkan aturan menghadapi bencana. Program selama dua hari dilihat cukup mencabar namun perlu juga dihadapi dengan tenang dan teratur. Pihak Perunding yang dilantik, AJA EQS Certification (M) Sdn Bhd telah disajikan dengan komitmen yang tinggi dari semua pegawai yang terlibat.

Cakna Pembangunan Orang Asli
07 Sep 2022
KUANTAN, 1 & 3 & 6 September 2022 - Kerajaan akan sentiasa meneruskan agenda memperkasa pembangunan masyarakat Orang Asli di negara ini agar komuniti itu dapat menikmati kesejahteraan dan kemajuan dari aspek ekonomi, sosial dan pendidikan. Majlis Pembekalan Bakul Makanan yang diadakan bersama pemimpin setempat telah membuktikan kerajaan mengambil berat terhadap golongan ini di setiap pelusuk daerah.

Sejarah Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65
01 Sep 2022
PADANG KEMUNTING, 31 Ogos 2022 - Memilih tema "Mat Kilau, Pejuang Kemerdekaan", pasukan kawad perbarisan PDT Kuantan tampil dan mencuri hati tetamu yang hadir. Dengan kekuatan seramai 30 orang warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, pasukan kawad bergaya dengan sepersalinan serba hitam dan berkain pelikat anggun beraksi menyusuri pentas utama.

Hari Kecemerlangan PDT Kuantan
04 Aug 2022
SUNGAI KARANG, 03 Ogos 2022 - Kemeriahan suasana mencipta sejarah yang tersendiri pada malam ini. Menyaksikan barisan kakitangan yang dirai atas jasa dan kecemerlangan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai penjawat awam. Bukan hanya meraikan kecemerlangan, bukan hanya menyaksikan rezeki tuah badan malah turut terpamer aksi dan bakat terpendam warga PDT Kuantan pada malam penuh gemilang ini.

Dirgahayu Tuanku
30 Jul 2022
KUANTAN, 30 Julai 2022 - Pada tanggal 30 Julai 2022, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang juga Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur serta jajahan takluknya menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke-62. Semoga Allah memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang cukup sinonim sebagai pemerintah yang berjiwa rakya
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1865 kali.
Kembali ke Atas