Arkib Berita

Kutipan Cukai Terjah JPJ

Kutipan Cukai Terjah JPJ

KUANTAN, 28 Julai 2022 - Gerak kerja Unit Hasil berterusan semakin giat dan rancak capai sasaran. Kali ini, tumpuan beralih kepada agensi Jabatan Pengankutan Jalan di Bandar Indera Mahkota. Tidak menjanjikan output yang tinggi namun, sasaran kepada pelanggan dan orang ramai yang mengunjungi JPJ adalah matlamat utama.
Taklimat Cadangan Menaiktaraf Gred Jawatan Pegawai Daerah Kuantan

Taklimat Cadangan Menaiktaraf Gred Jawatan Pegawai Daerah Kuantan

KUANTAN, 06 Julai 2022 - Selamat Datang diucapkan kepada pasukan kerja Bahagian Perjawatan dan Organisasi JPA serta Bahagian Pengurusan Sumber Manusia PSUK Pahang ke PDT Kuantan. Sesi taklimat langsung dari Sarawak mengandungi pelbagai info justifikasi bagi kenaikan gred ini. Kerjasama dari semua pihak sangat dihargai.
Kutipan Cukai Hujung Minggu Akhir Mei

Kutipan Cukai Hujung Minggu Akhir Mei

ECM, 28 17 29 Mei 2022 - Pecutan akhir Unit Hasil dalam misi mencapai sasaran kutipan tahunan diteruskan. Bersama lautan warga Kuantan di pusat membeli belah dilihat langkah strategik yang dipilih. Walau dua (2) hari sahaja, kutipan yang berjaya dikutip melebihi RM5 ribu turut memberi kepuasan bekerja bagi kakitangan Unit Hasil PDT Kuantan ini.
Kutipan Hasil 11 Syawal 1433H

Kutipan Hasil 11 Syawal 1433H

FELDA PANCHING SELATAN, 12 Mei 2022 - Seawal 11 Syawal sudah pun bermula program kutipan hasil. Bertempat di Pertubuhan Peneroka, Felda Panching Selatan, pasukan Unit Hasil PDT Kuantan sudah mula laksanakan tanggungjawab mereka. Lebih RM7 ribu telah dapat dikutip pada program sehari ini.
Agihan Bubur Lambuk

Agihan Bubur Lambuk

DATARAN SAYANG, 20 April 2022 - Kelab Petanda melalui Biro Sosial, Lawatan dan Rekreasi telah turut serta dalam program agihan bubur lambuk di perkarangan Dataran Sayang, Majlis Bandaraya Kuantan. Dengan 300 pek bubur lambuk, warga Kuantan turut sama memeriahkan program pada hari ini. Program sempena Ramadhan ini dilihat sebagai pemangkin kepada budaya bersedekah serta menyintai kerja-kerja sukarela.
Kutipan Luar Sebelum Ramadhan 1443H

Kutipan Luar Sebelum Ramadhan 1443H

LEPAR HILIR 4, 30 Mac 2022 - Siri program terakhir sebelum Ramadhan kali ini. Bertandang ke Lepar Hilir 4 pula dengan kekuatan kakitangan Unit Hasil seramai 5 orang dan Unit IT PDT Kuantan.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1865 kali.


Kembali ke Atas