Arkib Berita

Kutipan Hasil Ke Lepar Hilir 1
25 Mar 2022
LEPAR HILIR 1, 24 Mac 2022 - Meneruskan program bersiri Unit Hasil menumpukan kutipan hasil ke Lepar Hilir 1 pada kali ini. Penduduk setempat mengambil peluang ini untuk tunai tanggungjawab. Program ini dilihat mendapat kerjasama semua pihak yang terlibat. Bukti kutipan hingga melebihi RM35 ribu memberi petanda positif tentang kesedaran melunaskan bayaran cukai.

Anugerah Pekerja Cemerlang Jan - Feb 2022
18 Mar 2022
KAMAR PDT, 17 Mac 2022 - Buat julung kalinya, PDT Kuantan menghargai kakitangan yang cemerlang bagi tahun 2022 ini. TAHNIAH diucapkan kepada Ketua Pembantu Tadbir, Mustafa bin Hashim atas anugerah ini. Membuktikan PDT Kuantan sentiasa menghargai kakitangannya dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan.

Kursus Outreach Kerja Berpasukan Bil 1 Tahun 2022
10 Mar 2022
LAMAN PDT, 4 Mac 2022 - Bukan sahaja bertujuan untuk menyemai semangat kerja secara berpasukan, kursus ini juga secara tidak langsung menanam sikap sukakan keindahan dan suasana kerja yang nyaman. Melibatkan sepuluh (10) kakitangan PDT Kuantan, kursus bermula seawal 830 pagi turut membersihkan kolam ikan di perkarangan PDT Kuantan.

Kutipan Hasil Pertama Tahun 2022
11 Feb 2022
FELDA BUKIT GOH, 10 Januari 2022 - Kutipan hasil di Felda Bukit Goh menjadi program pertama bagi tahun 2022 ini. Dengan mengekalkan amalan SOP bagi menghindari penularan wabak, pembayar cukai hadir dalam suasana yang tenang dan patuh kepada peraturan yang ditetapkan.

Perhimpunan Penjawat Awam Bersama YAB MB Pahang
09 Feb 2022
PDT KUANTAN, 08 Januari 2022 - Langsung dari Dewan Bandaraya, Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan, penjawat awam seluruh Negeri Pahang bersama pimpinan besar Kerajaan Negeri Pahang mendengar amanat yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy b Wan Ismail.

Baki Pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) Daerah Kuantan Fasa 2
15 Jan 2022
LEGAR PDT KUANTAN, 12 - 14 Januari 2022 - Memenuhi ruang legar PDT Kuantan sepanjang tiga (3) hari ini dengan baki penerima BWI yang hadir bagi membuat tuntutan. Kehadiran baki penerima yang masih belum membuat tuntutan diwar warkan melalui Pengerusi JKKK, Pengerusi KRT atau Penghulu masing-masing.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1865 kali.
Kembali ke Atas