Arkib Berita

PUSPANITA Negeri Pahang Serah Bantuan

PUSPANITA Negeri Pahang Serah Bantuan

KAMAR PEGAWAI DAERAH KUANTAN, 13 Januari 2022 - Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang, YBhg Datin Sri Kamariah binti Mohamad bersama AJK Tertinggi PUSPANITA Negeri Pahang telah sudi menyampaikan sumbangan kepada ahli PUSPANITA Daerah Kuantan yang terlibat dengan bencana banjir Monsun Timur Laut 2021/2022. Sumbangan disampaikan kepada Puan Nor Diana binti Ismail selaku Pengerusi PUSPANITA Daerah Kuantan.
Program Agihan Wang Ihsan Banjir Agensi Bencana Negara (NADMA) Di DUN Sg Lembing

Program Agihan Wang Ihsan Banjir Agensi Bencana Negara (NADMA) Di DUN Sg Lembing

SG LEMBING, 17 November 2021 - Program agihan wang ihsan bagi penduduk yang terlibat dengan bencana banjir bagi DUN Sg Lembing berlangsung dengan jayanya di Dewan Orang Ramai Sg Lembing. Kehadiran YB Dato' Haji Md Sohaimi b Hj Mohamed Shah menunjukkan komitmen yang tinggi dan sikap prihatinnya terhadap masalah rakyat setempat.
Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025

Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025

ARENA PAHANG SKILLS, 16 November 2021 - Gah dan berprestij Majlis Penyampaian Anugerah AIGA 2020 pada 26 Oktober 2021 yang lalu. Lebih manis dan bermakna dengan kejayaan merangkul anugerah bertaraf EMAS bagi PDT Kuantan pada majlis tersebut. Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi 2021-2025 membuktikan komitmen PDT Kuantan untuk membudayakan dan mengamalkan sikap berintegriti serta tadbir urus terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada semua pihak.
Perhimpunan Pagi Dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan

Perhimpunan Pagi Dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan

ARENA PAHANG SKILLS, 16 November 2021 - Tinta Ikrar Bebas Rasuah (IBR) termeterai sudah bersaksikan lebih 70 kakitangan PDT Kuantan di Dewan Pahang Skills yang mencatat sejarahnya tersendiri. Program turut dipenuhi dengan perkongsian maklumat tentang agenda yang wajar digelar musuh utama negara ini.
FELCRA Lunas Bayaran Notis 5A

FELCRA Lunas Bayaran Notis 5A

KAMAR PEGAWAI DAERAH KUANTAN, 8 November 2021 - Penyerahan cek dari FELCRA bagi pembayaran Notis 5A kepada kerajaan negeri disampaikan oleh En Zulkhairi b Abdul Rahman mewakili mewakili FELCRA BERHAD KAWASAN SG BATU bagi Daerah Kuantan. Pegawai Daerah berbesar hati menerima kehadiran barisan pegawai FELCRA pada majlis ringkas pada hari ini.
Lawatan Semakan Masalah Teknikal Dan Sistem Aplikasi

Lawatan Semakan Masalah Teknikal Dan Sistem Aplikasi

GEBENG, 03 November 2021 - Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang memulakan siri lawatan ke Pentadbiran Tanah Pahang. Bertujuan bagi mengenalpasti dan mengambil maklum masalah teknikal serta sistem aplikasi, pelaksanaan backup sistem, semakan aset alih PTG dan tatacara pengurusan bilik server, lawatan turut melibatkan wakil PDT Kuantan, En Muhammad Zaim Nafie yang menyelia PDTK Gebeng.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1865 kali.


Kembali ke Atas