Berita
Anugerah Pahang1st PDT Kuantan
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan bagi prestasi tadbir urus urus yang cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan. Selain itu, anugerah ini juga diharap dapat meningkatkan mutu perkhidmatan awam Negeri Pahang sebagai organisasi yang dinamik dan relevan. Panel auditor anugerah ini juga telah diberi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Puan Nor Diana Ismail, berkenan kertas kerja yang telah disediakan.
Dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza, barisan pegawai yang berdedikasi turut memberi komitmen sepenuhnya dalam memberi maklum balas dan membantu secara langsung dalam sesi taklimat tersebut. Turut dibawa melawat ke Bilik Gerakan PKOB serta tidak lupa mengadakan sesi temuramah dengan kakitangan yang terpilih.
Anugerah yang diperkenalkan ini secara tidak langsung dapat menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi dan budaya pengurusan tepat dan komited dalam organisasi perkhidmatan awam Negeri Pahang. Bakal dinobatkan pada 22 Disember 2022 nanti, calon akhir pengiktirafan bagi anugerah ini pastinya teruja untuk mengetahui sejauh mana tahap kecemerlangan masing-masing. Paling pasti anugerah berprestij ini pastinya menjadi rebutan 10 calon terakhir.
Kembali ke Atas