Berita
Anugerah Pekerja Cemerlang Julai - Oktober 2022
TAHNIAH diucapkan kepada kakitangan yang menerima anugerah ini dan sekali gus dapat membantu pentadbiran ini merealisasikan penyampaian Kerajaan yang lebih cemerlang. Tidak hanya berdasarkan kecemerlangan prestasi kerja yang baik, sumbangan-sumbangan luar tugas rasmi juga diambil kira.
Menjadi acara dwibulanan yang menjadi suntikan semangat untuk kakitangan terus berkhidmat dengan lebih baik dan secara tidak langsung meningkatkan prestasi kerja serta disiplin yang tinggi untuk kemajuan diri sendiri.
Penerima akan dianugerahkan dengan Sijil Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan, Cenderahati Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan serta paparan di papan senarai Pekerja Cemerlang Bulanan. Penyampaian anugerah ini telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Puan Nor Diana binti Ismail dalam satu majlis ringkas pada hari ini.
Tahniah kepada penerima Julai - Ogos, Puan Norlelawati binti Yahaya, Pembantu Awam Gred 11 (Unit Pendaftaran) dan Encik Mazlan bin Mohamad, Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 (Unit Kuatkuasa) sebagai penerima anugerah bagi julat masa September - Oktober 2022.
Kembali ke Atas