Berita
Anugerah Pekerja Cemerlang Nov - Dis 2022
TAHNIAH diucapkan kepada barisan kakitangan yang menerima anugerah ini dan sekali gus dapat membantu pentadbiran ini merealisasikan penyampaian Kerajaan yang lebih cemerlang. Tidak hanya berdasarkan kecemerlangan prestasi kerja yang baik, sumbangan-sumbangan luar tugas rasmi juga diambil kira.
Kakitangan juga hendaklah cemerlang dan bergiat aktif dalam persatuan dan kelab, pasukan sukarela dan tidak lekok berkongsi keringat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Menjadi seorang yang kreatif, berbakat serta punyai kemahiran tertentu merupakan bonus kepada pemilihan anugerah. Tidak dilupakan juga penglibatan dalam bidang sosial, sukan serta yang paling penting adalah komitmen kepada tugasan di luar waktu pejabat.
Penerima akan dianugerahkan dengan Sijil Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan, Cenderahati Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan serta paparan di papan senarai Pekerja Cemerlang Bulanan. Penyampaian anugerah ini telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza binti Ku Lah pada satu majlis ringkas di Bilik Gerakan PDT Kuantan pada hari ini.

Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Bagi November - Disember 2022
PUAN SAEDAH BINTI CHE WAHAB
PEMBANTU TADBIR (P/0) GRED N19
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH
Kembali ke Atas