Berita
Kenangan APC 2020 PDT Kuantan
Program yang bermula seawal 230 petang, dimulakan dengan paluan kompang mengiringi ketibaan Pegawai Daerah, YM. Tengku Dato' Nor Asmaliza ke Dewan Serbaguna Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan. Sambutan yang diterima sedari awal kehadiran Pegawai Daerah dengan paluan kompang dan bunga manggar menggambarkan kemeriahan dan keceriaan majlis.
Majlis meraikan penerima APC 2019 seramai 14 orang kakitangan yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang tahun 2019. Turut diserikan dengan pesara dan bakal pesara tahun 2020 seramai 6 orang kakitangan. Tayangan video pendek ucapan dari semua penerima dilihat memberi sedikit kelainan pada majlis seumpamanya ini.
Ikuti gambar-gambar sepanjang majlis di laman sosial melalui https://www.facebook.com/kelabpetanda.kuantan
Kembali ke Atas