Berita

Cakna Banjir Pasukan Sukarelawan PDT Kuantan Ke Kg Semangat

peNA eJs


Turut hadir di lokasi, Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza serta pegawai-pegawai yang dilihat turut memberi bantuan dalam kerja-kerja pembersihan ini. Selain pasukan sukarelawan PDT Kuantan, program turut mendapat perhatian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan, Alam Flora Kuantan, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang serta Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang.

Fokus kerja-kerja pembersihan tempat tinggal penduduk di Kg Semangat melibatkan beberapa buah rumah yang terlibat dengan masalah banjir. Bantuan pembersihan ke rumah mangsa sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada mangsa. 

  

Pengalaman menyertai pasukan sukarelawan pastinya memberi motivasi untuk kakitangan yang terlibat. Pengalaman berharga sebegini sesungguhnya dapat memberi ruang dan peluang serta sebagai peringatan penting dari Allah ke atas sesuatu bencana atau musibah yang menimpa.

  

Sedikit amal jariah ini diharapkan dapat membuatkan mangsa tersenyum dan perkongsian kesusahan ini diharap dapat meringankan sedikit beban bagi mangsa dan keluarga. 

   

Paparan lensa di https://www.facebook.com/Pejab...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 92 kali.


Kembali ke Atas