Berita

Carian Hakmilik @PahangGo

peNA eJs

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkhidmatan itu boleh digunakan selepas Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang dengan kerjasama syarikat PahangGo Sdn Bhd membangunkan modul tempahan carian hakmilik tanah melalui aplikasi itu. Modul ini secara amnya dapat memudahkan orang ramai untuk membuat carian rasmi atau persendirian bagi hakmilik tanah. Suatu pilihan yang tepat bagi memaksimakan perkhidmatan disediakan oleh PahangGo dalam situasi pandemik ketika ini.

Namun begitu, perkhidmatan ini masih terhad kepada pembelian carian rasmi atau persendirian melibatkan hakmilik PTG. Penghujung tahun ini, bakal menyaksikan pula peluasan modul meliputi hakmilik pentadbir tanah daerah. Inisiatif ini membuktikan Kerajaan Negeri tetap komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat amnya. 

Perkhidmatan tersebut bukan sahaja antara transformasi penyampaian perkhidmatan awam dalam pentadbiran tanah, malah merupakan pendekatan alternatif dalam menawarkan perkhidmatan tanpa pelanggan perlu hadir secara fizikal ke pejabat. Usaha ini dilihat bertepatan dengan usaha menyahut saranan kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19. 

Kadar bayaran masih sama sebagaimana diperuntukkan di bawah Kaedah–kaedah Tanah Pahang 1992 iaitu RM100 untuk carian rasmi dan RM50 bagi carian persendirian. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 5924 kali.


Kembali ke Atas