Berita
COVID 19 : Daerah Kuantan Terbaharu Diisytiharkan Zon Merah
Dengan peningkatan kes dalam pantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kuantan mencatatkan 43 kes positif COVID 19. Daerah Jerantut masih kekal sebagai daerah tertinggi positif COVID 19 dengan merekodkan 61 kes.
Menjadi daerah kedua selepas Jerantut bukanlah suatu rekod yang menggembirakan semua pihak. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu diberi perhatian bagi menangani wabak ini dari terus merebak lagi.
Dengan berbaki lima hari PKP berakhir, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan merekodkan daerah Kuantan menjadi lokasi yang ke-24 sebagai zon merah di negara ini.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 212 kali.
Kembali ke Atas