Berita

COVID 19 : Sumbangan Bagi Warga Kuantan Mula Diagih

peNA eJs

Susulan Mesyuarat Agihan Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan Berhubung Penularan Wabak COVID-19 pada 23 Mac 2020, pelaksanaan agihan bantuan dari Kerajaan Negeri secara tidak langsung mengubati keresahan rakyat dari segi kewangan.  

DUN BESERAH - Sumbangan disampaikan ADUN Beserah, YB Tuan Haji Andansura telah membawa seribu rahmat kepada penerima terpilih. Kegembiraan jelas tergambar pada raut wajah penerima dengan sumbangan kerajaan negeri ini. Pengagihan bantuan khas ini turut disaksikan Penghulu Mukim Sg Karang, En Ahmad Faizul Rahimi serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kg Balok, En Mansor b Mokhtar.  Turut sama meninjau dan mengagih bantuan adalah wakil pihak berkuasa tempatan. 148 penerima terpilih juga bakal menerima sumbangan agihan tersebut dalam masa yang terdekat ini.  

DUN SUNGAI LEMBING - Lensa turut meraikan kegembiraan dan kesyukuran buat 52 penerima terpilih bagi DUN Sg Lembing. Turut bersama ADUN Sg Lembing, YB Dato' Haji Md. Sohaimi menyampaikan sumbangan adalah Penghulu Mukim Ulu Kuantan, En Roslan Amat. Bantuan yang diterima sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan akibat sumber pendapatan yang terjejas dalam tempoh masa PKP ini.

 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 94 kali.


Kembali ke Atas