Berita

COVID 19 : Tiada Paksaan Pemotongan Gaji Penjawat Awam

peNA eJs


Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak menganggarkan sejumlah RM100,000 sebulan hasil sumbangan penjawat awam dapat dikumpulkan untuk diagihkan bagi membantu rakyat Pahang yang terjejas sumber pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. (Surat dari Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang bartarikh 27 Mac 2020)

Usaha itu adalah mencerminkan pengorbanan penjawat awam di Pahang dalam menunjukkan solidariti bersama rakyat Pahang. Mengambil tanggungjawab dan sebagai tanda simpati terhadap rakyat Pahang, bantuan dihulur kepada rakyat dari pelbagai latar belakang kaum dan usia yang terkesan akibat penularan wabak COVID 19 ini. 

Secara tidak langsung, pemotongan gaji penjawat awam Pahang ini akan dapat menjadi pemangkin dan pencetus idea serta mendorong lebih banyak pihak untuk tampil menghulurkan sumbangan kepada Tabung COVID 19 Pahang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 55 kali.


Kembali ke Atas