Berita

Lanjutan Tempoh Permohonan Mengubah Kategori Dan Syarat Nyata

peNA eJs

Sebelum tanggal 31 Julai 2020, pemilik tanah masih berpeluang untuk melaksanakan urusan permohonan kategori penggunaan dan syarat nyata ‘Nil’ atau ‘Tiada’. 

Melalui program khas urusan permohonan mengubah kategori penggunaan dan syarat nyata ‘Nil’ atau ‘Tiada’, dokumen yang diperlukan telah pun diringkaskan seperti berikut :-

1.Borang / Surat permohonan (satu muka surat sahaja);
2.Salinan resit bayaran / bukti bayaran cukai tanah secara atas talian bagi cukai tanah tahun 2019 ATAU bil cukai tanah tahun 2020;
3. Salinan hakmilik yang lengkap bersekali dengan pelan tanah; 4.Salinan kad pengenalan pemohon / pemilik;
5.Salinan surat kuasa wakil / surat akuan sumpah sekiranya bukan pemilik sebenar yang memohon;
6.Kebenaran bank (sekianya ada gadaian);
7.Penarikan balik kaveat (sekiranya ada kaveat). 

Tiada sebarang bayaran permohonan dan bayaran premium yang akan dikenakan untuk permohonan ini pada tahun 2020. Bayaran RM20 (Notis 5F) hanya akan dikenakan bagi pengambilan dokumen hakmilik tanah baharu yang telah didaftarkan kategori / syarat nyata yang baharu. Pemilik tanah kategori dan syarat ‘Nil’ atau ‘Tiada’ yang MEMILIH untuk memohon mengubah kategori penggunaan dan syarat nyata ‘Nil’ atau ‘Tiada’ pada tahun 2020, tidak perlu membayar cukai tanah tahun 2020 terlebih dahulu sehingga mendapat keputusan permohonan mengubah kategori dan syarat nyata yang baharu. Sekiranya bayaran cukai tanah tahun 2020 telah dibuat, maka tiada "refund" akan diberikan.

Semua laman web Pejabat Daerah dan Tanah ada memaparkan emel rasmi jabatan yang boleh digunakan untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Permohonan boleh dikemukakan melalui surat atau emel kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan.

Permohonan mengubah kategori penggunaan dan syarat nyata ‘Nil’ atau ‘Tiada’ akan diselesaikan dalam tahun 2020 juga. Namun begitu, permohonan awal sangat digalakkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN PAHANG 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 515 kali.


Kembali ke Atas