Berita

Agihan Topeng Muka Bantu Cegah Wabak JKKK Mukim Kuala Kuantan 2

peNA eJs


Giliran pengambilan topeng muka yang disusun En Noor Jamaan Abd Rahman, selaku Penghulu Mukim Kuala Kuantan 2 berjalan dengan lancar dan teratur. Kerjasama yang diberikan Pengerusi dan Setiausaha JKKK sangat baik dan sangat mematuhi SOP pencegahan wabak yang telah ditetapkan. 

   

Agihan topeng muka kepada penduduk di kampung masing-masing akan terus dilakukan agar sama-sama dapat membendung penularan wabak COVID 19 yang menjadi bualan hangat seluruh warga Malaysia amnya. Pemberian topeng muka oleh Kerajaan Malaysia ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu rakyat dan memberi kesedaran tentang betapa pentingnya penjagaan kebersihan diri dan penjarakkan sosial.

   

Pelaksanaan PKP dilihat secara tidak langsung dapat mengurangkan jangkitan di kawasan komuniti dengan kebarangkalian jangkitan dapat dikurangkan apabila masyarakat cakna dengan langkah-langkah bagi mengurangkan jangkitan dan penularan wabak yang disarankan kerajaan. 

  

  

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 61 kali.


Kembali ke Atas