Berita
Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pahang 2021
Perkarangan Stadium Darul Makmur menjadi tumpuan warga Kuantan dalam perasmian program oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Ruang yang ada menghadkan kapasiti jemputan kehadiran seramai 50 orang sahaja.
Menurut Timbalan Pengarah (Sukan) JBS Pahang, Mohamad Suhaizan Selamat berkata sejak program Hari Sukan Negara diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) enam tahun lalu, ini kali pertama ia diadakan secara dalam talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kemeriahan program turut terlihat tatkala Menteri Besar diiringi Yang Dipertua Persatuan Bola Jaring Negeri Pahang, Dato' Sri Shahaniza binti Shamsuddin, Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza binti Ku lah serta tetamu kehormat yang lain turut membuat beberapa percubaan gol dalam Penalty Shoot Challenge 2021. Tidak ketinggalan barisan tetamu kehormat turut berbasikal di perkarangan Stadium Darul Makmur.
Kembali ke Atas