Berita

ISO 9001:2015 Surveillance Full Offsite Audit Schedule

peNA eJs


PDT Kuantan telah melalui Audit Pengawasan dengan kaedah ‘REMOTE AUDIT’ yang buat pertama kalinya secara atas talian bermula dari pagi hingga penutupnya pada sesi petang. Program pengauditan telah dijalankan mengikut pelan penilaian yang telah dipersetujui dengan berdasarkan kepada Skop Pensijilan MS ISO 9001:2015. 

Secara tidak langsung sesi audit pengawasan diadakan bertujuan untuk menilai prestasi proses kerja atau penyampaian perkhidmatan.

Audit secara tidak langsung membantu PDT Kuantan dapat memastikan ia mempunyai kawalan yang betul, proses tadbir urus dan pengurusan risiko. Secara semulajadi, ia adalah aktiviti bebas oleh seseorang atau pasukan yang dapat mengemukakan penemuan objektif dan membuat cadangan untuk langkah-langkah pembetulan. Fungsi sesi pengauditan yang mantap dapat mencari dan membetulkan kekurangan dengan pantas dan membatasi kos kepada sesuatu organisasi. 

Penghargaan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang persediaan dan perjalanan sesi audit ini.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 28 kali.


Kembali ke Atas