Berita

PPV Daerah Kuantan Jadi Tumpuan

peNA eJs

Kerajaan Malaysia akan membelanjakan RM2.05 bilion untuk sediakan vaksin kepada 26.5 juta orang, atau 82.8 peratus warga Malaysia. Warga Malaysia akan menerima vaksin secara percuma. Kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus rakyat Malaysia akan menerima vaksin percuma seawal suku pertama tahun depan.

Bagi mencapai hasrat itu, kini Kerajaan telah memasuki Fasa 2 iaitu akan diberikan kepada golongan warga emas, pesakit penyakit kronik dan Orang kelainan Upaya (OKU) bermula April-Ogos 2021. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi NPRA akan memastikan vaksin COVID-19 yang lulus didaftar dan dipasarkan di Malaysia, adalah selamat, berkualiti serta mempunyai keberkesanan optimum mengikut keperluan ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehingga 30 April 2021, jumlah penerima vaksin telah mencecah 6,000 orang. Sekaligus mengenepikan anggapan negatif orang awam terhadap suntikan vaksin ini. 

 

Menerima vaksin jenis mRNA keluaran Pfizer-BioNtech, fokus penerima vaksin adalah kepada pasukan barisan hadapan, warga emas serta pesakit yang berisiko tinggi.

Perkongsian lebih banyak gambar di https://www.facebook.com/Pejab...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 558 kali.


Kembali ke Atas