Berita
Program Pementoran PDT Kuantan Buka Minda Kakitangan
Sehubungan dengan itu, program yang merupakan salah satu kaedah dalam mengurus sumber manusia bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai ini mendapat kerjasama yang sangat baik dari kakitangan baharu bertukar ke jabatan ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah, En Mohd Shahril b Arshad sedikit sebanyak telah membuka minda kakitangan dengan memberi pendekatan dalam penerapan elemen psikologi dan kaunseling secara professional. Pegawai lantikan baru dan dinaikkan pangkat seharusnya peka dan memahami kompetensi professional, budaya, peribadi dan sosial melalui bimbingan, sokongan dan bantuan oleh mentor.
Pementoran adalah program latihan dalam perkhidmatan yang menggunakan konsep saling berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman(tacit knowledge) antara pekerja lama dengan pekerja baru. Proses pembelajaran ini dijalankan secara tidak formal dan tidak melibatkan kos kepada agensi.
PDT Kuantan yang telah melaksanakan Program Pementoran ini sebagai mekanisme latihan untuk menyemarakkan pembelajaran dalam organisasi dan memperkukuhkan kompetensi penjawat awam. Keberkesanan program ini bergantung kepada sokongan dan kerjasama semua warga organisasi dalam PDT Kuantan khususnya pihak pengurusan yang menjadi penggerak utama. Garis panduan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010 - Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengrusan Sumber Manusa Sektor Awam bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan program pementoran di jabatan.
Kembali ke Atas