Berita

Taklimat Bencana Daerah Kuantan 2021

peNA eJs

Turut bersama KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diringi YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail serta YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak

Baginda bertitah agar seluruh penduduk di kawasan terjejas banjir mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan pengawasan keselamatan terutama kanak-kanak dan warga emas. Tidak dilupa agar terus mengamalkan SOP yang ketat agar dapat mengelakkan penularan jangkitan wabak COVID-19.  

  

Berikutan beberapa daerah di Pahang mula dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan sejak Sabtu lalu, orang ramai diminta sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dan memberi kerjasama sepenuhnya agar dapat kekal berada di dalam situasi yang selamat dan berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan. 

Program ehsan dan keprihatinan Baginda ini turut diambil kesempatan untuk bertanya khabar serta beramah mesra dengan mangsa banjir di Wisma Belia. Tidak lupa menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat, Baginda berpuas hati dengan persediaan dan kerjasama yang diberikan pelbagai pihak dalam menjaga kebajikan rakyat. 

 

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak sembilan buah daerah di negeri ini terlibat dengan bencana banjir iaitu Kuantan, Maran, Temerloh, Lipis, Raub, Jerantut, Rompin, Pekan dan Bera.

Lagi gambar di https://www.facebook.com/Pejab...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 56 kali.


Kembali ke Atas