Berita

Kursus Outreach PDT Kuantan Capai Matlamat

peNA eJs

Dengan penglibatan lebih 20 kakitangan PDT Kuantan, aktiviti penanaman pokok yang disumbangkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang serta Jabatan Pertanian Negeri Pahang turut mendapat khidmat nasihat dan bantuan teknikal daripada jabatan terbabit.

Aktiviti seumpama ini bukan sahaja dijadikan aktiviti riadah namun secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim di kalangan peserta. Paling utama, matlamat bagi menyemai semangat cintakan alam sekitar telah tercapai dengan jayanya.

Ketua Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pengurusan Daerah), Pn Nor Diana Ismail telah merasmikan program dengan menanam pokok sambil disaksikan peserta kursus yang hadir sama.

Pengalaman menanam pokok ini seharusnya diberikan peluang kepada semua peserta supaya mengetahui kelebihan menanam, menyiram dan menjaga pokok yang telah ditanam agar tumbuh dengan baik. Mewujudkan persekitaran hijau, bersih, sihat dan selamat adalah menjadi tanggungjawab bersama.

Program penanaman pokok ini secara tidak langsung dapat membantu peserta khususnya dan kakitangan PDT Kuantan amnya untuk terus komited memelihara alam sekitar serta menyelamatkan bumi yang tercinta dari terus rakus dicemari. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 72 kali.


Kembali ke Atas