Berita

Kursus Penyediaan Pelan Dan Laporan PTNF4 PDT Kuantan

peNA eJs

Ketua Penolong Pegawai Tanah (Bahagian Pengurusan Tanah), En Mohd Yusri memulakan majlis dengan sedikit penerangan dan memberikan gambaran serta output yang bakal diterima sehingga selesai kursus dua (2) hari ini. 

Kursus ini disertai oleh 36 pegawai yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan unit di Bahagian Pengurusan Tanah. Tuan Haji Ghazali bin Abu Bakar, Penolong Pegawai Tanah Kanan dari Pejabat Tanah dan Galian Pahang telah menyampai dan berkongsi ilmu bagi prosedur penyediaan laporan tanah dengan terang dan jelas. 

Sepanjang kursus ini, peserta merasa amat bertuah kerana diberi pendedahan tentang prosedur penyediaan laporan tanah borang PTNF4 dan pelan perakuan tanah. Harapan agar kursus yang dianjurkan dapat memantapkan ilmu pengetahuan peserta agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, amnya.

 

Lagi gambar di https://www.facebook.com/kelab...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 64 kali.


Kembali ke Atas