Berita

Lawatan Penandaarasan ABMS

peNA eJs

Lawatan kerja ke Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) bukan sahaja menjadi pemangkin dan faktor pemula kepada pelaksanaannya, malah jalinan kerjasama ini membuktikan kesungguhan kepada pematuhan terhadap ABMS yang dicanang kerajaan bagi membantu sesebuah organisasi dalam mencegah, mengesan dan mengambil tindakan ke atas kesalahan rasuah dan mematuhi undang-undang anti-rasuah.

Tidak sahaja berkongsi ilmu bagi mencatur rentak dalam pelaksanaan ABMS, Tuan Setiausaha juga berbesar hati untuk bersama-sama membantu bagi pelaksanaannya di PDT Kuantan kelak. Tidak lokek dengan ilmu, ahli gerak kerja ABMS MDCH seterusnya memberi ruang dan peluang dalam sesi soal jawab untuk menggarap sedikit ilmu sebagai pemula kepada langkah ke arah pengurusan ABMS di PDT Kuantan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 38 kali.


Kembali ke Atas