Berita

Naziran SISPAA PDT Kuantan

peNA eJs


SiSPAA merupakan sistem aduan awam yang dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) yang berperanan sebagai sistem pengurusan aduan awam dan maklum balas pelanggan yang seragam dan bersepadu. Dalam memastikan segala perjalanan pengurusan sesuatu aduan awam ditangani dengan baik dan tersusun, Pengarah BPA Pahang, En Mohd Fadzlee bin Mat Yassin @ Adnan hadir ke PDT Kuantan bagi melaksanakan naziran. 

Sesi naziran diurus selia oleh Bahagian Pengurusan Daerah Kuantan diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir, Pn Noorazlina binti Azimi.  

   

Sesi berlangsung dengan amat baik dan secara tidak langsung pegawai yang bersama-sama menguruselia SiSPAA bertuah kerana dapat berkongsi ilmu serta bertukar pendapat dan pandangan agar aduan awam dapat diurus dengan baik dan berkesan.  

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 32 kali.


Kembali ke Atas