Berita
Panduan Majikan Dan Pekerja Dalam Pembaharuan Norma Baharu
Kementerian Sumber Manusia memaklumkan, garis panduan berhubung perintah kuarantin, pemberhentian kerja, kelayakan cuti dan pemeriksaan kesihatan dalam kalangan pekerja sepanjang COVID-19 termaktub mengikut Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955.
Kementerian Sumber Manusia menyeru kepada semua majikan agar membuat saringan di Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran terhadap keberadaan pekerja masing-masing dan membantu dalam mengenal pasti jangkitan wabak serta untuk mendapatkan nasihat. Tindakan selanjutnya boleh diambil dengan segera jika terdapat simptom.
Majikan yang gagal mematuhi garis panduan dalam pengendalian isu berhubung penularan COVID-19 di tempat kerja, khususnya membabitkan perintah kuarantin, cuti sakit dan pemberhentian kerja boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Kerja 1955.
Kembali ke Atas