Berita

PDT Kuantan Terima anugerah AIGA 2020

peNA eJs

 

AIGA2020 dianjurkan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Yayasan Pahang (YP). Ianya merupakan satu anugerah bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi.

Merupakan anugerah pertama seumpamanya di Malaysia, menjadi platform penting bagi 41 agensi kerajaan dan swasta yang mengambil bahagian. Usaha ini sangat penting untuk menyuntik semangat kepada semua agensi untuk meningkatkan tadbir urus organisasi masing-masing ke arah bebas rasuah dan mengamalkan integriti yang jitu. 

Dengan penganugerahan ini, PDT Kuantan akan terus berazam dan berusaha untuk muncul sebagai organisasi yang dapat menzahirkan komitmen dalam usaha memerangi rasuah, membudayakan amalan integriti serta melaksanakan urus tadbir yang baik. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 22 kali.


Kembali ke Atas