Berita

PKP Dilanjut Sehingga 18 Februari

peNA eJs
Keputusan melanjutkan PKP dibuat atas pembentangan penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut mengesahkan kes harian di semua negeri masih menunjukkan trend peningkatan dengan kadar positif dalam saringan kluster adalah mencapai sehingga 40 peratus. 

Penularan jangkitan sporadik dalam komuniti juga tinggi membabitkan warganegara dan bukan warganegara.

Larangan rentas negeri masih dikuatkuasakan kerana kelonggaran membabitkan aspek itu yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini menyumbang kepada peningkatan kes positif COVID-19.

Sehingga laporan ini dikeluarkan, sebanyak 31 kluster berkaitan rentas negeri direkodkan sebelum ini dan atas dasar itu kerajaan mengekalkan larangan berkenaan.

Semoga warga Pahang khasnya penduduk di KUANTAN, bersama-samalah kita menjadi penyumbang kepada penurunan kadar positif COVID-19. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 32 kali.


Kembali ke Atas