Berita

PKP : Kuantan Sertai Persediaan Agihan Topeng Muka

peNA eJs


Bagi mengelakkan penyebaran virus tidak efektif dalam pencegahan wabak COVID-19, topeng muka yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) adalah tidak sama dengan topeng muka yang biasa. Topeng muka yang berkesan untuk mencegah penyakit bawaan titisan pernafasan adalah dari kategori 3ply/surgical mask.

Lapisan yang ada pada topeng muka tersebut adalah berfungsi untuk menyerap kelembapan, menapis kuman dan bahagian luar yang telap air. Penggunaan yang berulang kali adalah perlu dielakkan. Tidak memakai topeng muka dalam masa yang lama bagi memastikan penggunaan sesuatu topeng muka lebih efektif. Menyentuh topeng dengan tangan yang kotor adalah antara punca penyebaran wabak tidak dapat dihentikan sepenuhnya.

 

Dengan itu, harapan agar pengagihan topeng muka ini nanti dapat sama-sama membantu rakyat Kuantan agar lebih bersedia menghadapi ancaman wabak COVID 19. Bagi membendung penularan yang lebih meluas, pemakaian topeng muka bantuan khas kerajaan ini diharap dapat terus menjadi pemangkin kepada penjagaan diri yang lebih efektif dan sistematik demi memastikan rantaian wabak ini dapat diputuskan. 

  

Jasa dan khidmat yang diberikan oleh kakitangan PDT ini diharap dapat sedikit sebanyak merealisasikan impian KKM untuk memastikan wabak COVID 19 ini bukan lagi menjadi ancaman kepada rakyat Malaysia amnya. 

   

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 56 kali.


Kembali ke Atas