Berita
PKP Lanjut Lagi
Lanjutan itu adalah PKP fasa keempat yang dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini sejak 18 Mac lalu.
Keputusan ini diputuskan Perdana Menteri berdasarkan data yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan mendapat maklumbalas bahawa usaha untuk membendung wabak COVID-19 masih perlu diteruskan sehingga wabak COVID 19 dapat dibendung sepenuhnya. Perkembangan positif yang dialami saban hari tidak memberi maksud PKP perlu dihentikan malah ianya perlu diteruskan sehingga kerajaan yakin wabak ini dapat dibendung dengan jayanya.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 52 kali.
Kembali ke Atas