Berita

Lawatan Tapak RRP Bukti Kesungguhan

peNA eJs

Lawatan turut sama disertai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Daerah), En Azlan b Che Adnan. RRP adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Projek peroleh sumber kewangan dari Tabung Perumahan Rakyat selain sumbangan kerajaan negeri ini sekaligus memberi manfaat kepada warga Pahang yang tidak berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri. Tidak sahaja tertumpu kepada warga yang tidak mampu milik rumah sendiri, malah turut mengambil kira penggantian rumah yang mempunyai struktur yang tidak selamat dan ekonomik untuk di baik pulih.

   

Turut serta dalam siri lawatan tersebut adalah, SUB Perumahan, YH. Dato’ Azlan b Mohd Yaman, Penghulu Mukim Kuala Kuantan II, En Roslan b amat serta Penghulu Mukim Ulu Lepar, En Noor Jamaan b Abd Rahman. Tidak ketinggalan juga adalah bakal pemilik rumah yang terpilih. Mendapat bantuan dan kerjasama erat dari barisan Pengerusi JKKK turut memberikan hasil yang baik dalam memberi cadangan dan pandangan yang dapat dikongsi untuk kebaikan bersama.      

Penerima RRP melimpahkan rasa kesyukuran atas nikmat dan rezeki ini kepada kerajaan negeri yang diterajui YAB MB, YB Dato’ Sri Wan Rosdy b Wan Ismail serta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Dato’ Abd Rahim b Muda. Ribuan penghargaan juga kepada semua yang terlibat dalam memberi kerjasama dan memastikan kelancaran program berjalan lancar.

  

Layari gambar sekitar lawatan di https://www.facebook.com/Pejab...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 69 kali.


Kembali ke Atas