Berita

PPV Integrasi Daerah Kuantan Bermula

peNA eJs

Rentetan hasrat Kerajaan untuk membuka lebih 30 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) integrasi berskala besar di seluruh negara sebelum 19 Julai ini, PPV Integrasi Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah memulakan operasinya bermula hari ini. 

Pembukaan pusat itu akan diselaraskan Protect Health Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF). KKM menyasarkan ProtectHealth meningkatkan peratus vaksinasi ke 60 peratus daripada keseluruhan sasaran dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk dicapai sebelum akhir bulan Ogos ini.

Jalinan kerjasama ProtectHealth bersama pihak awam dan swasta dilihat kukuh di mana pihak swasta sekarang telah melibatkan diri dalam pemberian vaksin seluruh negara dengan giatnya. Memetik laporan di dada akhbar utama, sebanyak 138 PPV dibuka di Johor, Kedah (43), Kelantan (25), Kuala Lumpur (154), Labuan (1), Melaka (37), Negeri Sembilan (39), Pulau Pinang (43), Pahang (38), Perak (6), Perlis (6), Sabah (24), Sarawak (81), Selangor (318), Terengganu (17) dan Putrajaya (4).

  

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehudin Ishak telah sudi beramah mesra bersama petugas serta penerima vaksin dalam lawatan ringkasnya. Turut bersama, TSUK, Dato' Zakaria Ibrahim, KPPD merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia PKOB Daerah Kuantan, En Mohd Yusri Mohd Nor serta barisan doktor yang terlibat. 

Lensa boleh layari melalui laman rasmi PDT Kuantan di https://www.facebook.com/Pejab...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 114 kali.


Kembali ke Atas