Berita

Program Agihan Wang Ihsan Banjir Agensi Bencana Negara (NADMA) Di DUN Sg Lembing

peNA eJs

 

Pemberian wang ihsan ini turut membantu rakyat yang juga terkesan bukan sahaja atas bencana banjir malah ditambah pula dengan impak ekonomi rakyat akibat pandemik COVID-19. Dapat meringankan beban ketua isi rumah walaupun bukanlah suatu pampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah dan harta benda yang dihadapi mangsa.

 

YB turut menjelaskan dalam ucapannya kepada lebih 200 penerima, ini juga menunjukkan dasar prihatin dan tanggungjawab kerajaan negeri kepada rakyat yang menghadapi kesukaran dan tekanan hidup.  

 

Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa peka dan prihatin dengan persekitaran termasuk  terhadap jiran dan rakan selain ahli keluarga sendiri ketika musim tengkujuh nanti, untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini. #kitajagakita

 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 184 kali.


Kembali ke Atas