Berita

Program Pemantapan Institusi Penghulu Pahang

peNA eJs

Berlangsung di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar, 85 Penghulu memeriahkan program Pemantapan Institusi Penghulu Negeri Pahang/Seminar Pengulu Penggerak Komuniti Negeri.

 

Kerajaan Negeri sentiasa melihat kepentingan institusi Penghulu dan Ketua Kampung terutamanya dalam struktur pentadbirannya kerana mereka ini dekat dengan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar. Memperkasakan lagi institusi Penghulu menjadi cabaran utama kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. 

Penghulu dan Ketua Kampung juga berperanan dalam dalam menjamin kesejahteraan masyarakat sama ada di kawasan mukim sehingga ke peringkat kampung. Tidak dapat disangkal kerjasama erat antara Penghulu dan Ketua Kampung sangat memberi impak yang besar dalam mengukuhkan institusi ini demi menjamin kesejahteraan untuk semua. 


Ikuti cerita bergambar di pautan https://www.facebook.com/Pejab...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 43 kali.


Kembali ke Atas