Berita
Program Ramah Mesra Pertama Tahun 2023
Pegawai Daerah, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza bt Ku Lah mengambil peluang dan ruang pada pertemuan ini untuk berbicara tentang pengurusan yang melibatkan pentadbiran tanah secara amnya. Antara isu yang diutarakan adalah termasuk isu pengisian jawatan penghulu, penempatan dan tugas JPKK, program juadah makmur, jalan-jalan MARRIS, pelaksanaan sewaan tanah kerajaan dan rizab, pengurusan eBanjir serta tidak lupa untuk berkongsi kecemerlangan dan pencapaian yang diterima PDT Kuantan.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 7 kali.
Kembali ke Atas