Berita
RRP Kg Paya Rambutan Siap Untuk Dihuni
Penyerahan kunci turut disaksikan Penghulu Mukim Ulu Lepar serta Pengerusi JKKK Kg Paya Rambutan turut dikongsi Ketua Penolong Pegawai Daerah, En Azlan b Che Adnan. Jelas terpancar kegembiraaan melihat kepada raut wajah penerima. Tidak dinafikan perasaan gembira turut juga dirasai rakan taulan yang turut hadir bersama meraikannya dengan pematuhan kepada SOP tetap diutamakan.
ADUN Lepar turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan warga Kg Paya Rambutan yang hadir. Kesempatan ini digunakan sebaiknya bagi bertanya khabar dan berkongsi cerita.
Setiausaha Bahagian Perumahan SUK, YH. Dato' Azlan b Mohd Yaman yang mengiringi YB Dato' Abd Rahim turut mengambil kesempatan menzahirkan kegembiraan dengan siapnya pembinaan rumah sumbangan Kerajaan Negeri ini.
Tidak mensiakan peluang yang ada dan singkat ini, YB Dato' Abd Rahim turut meninjau rumah yang disewa En Mohd Najib sekeluarga yang kelihatan agar uzur untuk diduduki. Saranan En Noor Jamaan selaku Penghulu Mukim Ulu Lepar yang berhasarat untuk membaik pulih rumah sewaan JKKK tersebut mendapat perhatian YB Dato' Abd Rahim.
Lagi cerita bergambar dapat dilayari di https://www.facebook.com/Pejab...
Kembali ke Atas