Berita
TAHNIAH - Peserta Lelaki Terbaik PTM Siri 3/2020
Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.
Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.
PTM dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam, Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama. Sumber : https://www.kompetensi.jpa.gov...
Semoga penganugerahan ini bakal menjadi penyuntik semangat kepada Mohamad Shahbri dan secara tidak langsung menjadi contoh kepada warga kerja di PDT Kuantan amnya untuk memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang menjadi penjawat awam.
Kembali ke Atas